Beaufort, pekan ini telah membangun sedikit demi sedikit seiring dengan pembangunan negara. pekan yang mendapat jolokan nama "the small Vanice" ini mempunyai keunikannya tersendiri.
Lihat sahaja bangunan biru tinggalan pihak penjajah (Inggerish) yang masih kukuh berdiri dan masih digunakan sehingga sekarang.
Di samping itu, bangunan baru juga turut kelihatan, namun bangunan bersejarah tersebut masih terpelihara keasliannya. Beaufort juga bermaksud 'kota yang indah' dalam bahasa perancis Silam.Daerah Beaufort pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898.
Daerah ini pada masa itu tertakluk di bawah pentadbiran Kerajaan British North Borneo ( Syarikat Borneo Utara ).
Panggilan nama daerah ini diambil sempena nama Pegawai Tinggi British North Borneo yang juga merupakan salah seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Borneo Utara pada masa itu yang bernama Sir L.P Beaufort.Sebelum itu, Daerah ini hanya dikenali sebagai Padas sahaja.
bangunan biru ini telah dibina sebelum negeri Sabah merdeka padatahun 1963. Dahulu bangunan ini dikenali sebagai "kedai lama". Selain itu, bangunan biru ini telah dibina pada tahun 1954
Itulah sahaja yang dapat saya taip dan berikan maklumat. Saya harap sedikit sebanyak apa maklumat ini dapat membantu anda. Jika ada soalan yang ingin ditanyakan boleh tanya saya. Anda juga boleh cari saya di FACEBOOK "Usui Kaze Yuki"
~to be continued~
No comments:
Post a Comment